Monday, 21 March 2022

ASAS PEMBELAJARAN DIGITAL


KONSEP TEKNOLOGI

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Perkataan technology berasal dari perkataan Greek τεχνολογία (technología); dari τέχνη (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan -λογία (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu: contohnya technologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat.

Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.

Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.

Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.


KEPENTINGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PEMBELAJARAN

1. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.

Guru dapat membuat persiapan yang cukup dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi memudahkan guru mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan kerana mempunyai sumber yang pelbagai.


2. Mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran 

Menggunakan teknologi, guru dapat menerangkan dengan lebih mendalam dan terperinci tentang sesuatu pembelajaran yang dijalankan. penggunaan teknologi ini juga dapat menarik perhatian murid untuk sentiasa fokus dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.


3. Meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. 

Melalui penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan teknologi seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. 

Semua benda yang berkenaan dengan teknolog mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri. penggunaan teknologi ini dalam biik darjah memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka teknologi tersebut.

4. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar.

Tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan teknologi, murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan teknologi tersebut. 


No comments:

Post a Comment